Nashaziz

Noraishah Abdul Aziz atau lebih terkenal sebagai Nasha Aziz dilahirkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada 14 Mei 1971. Nasha menjadi pilihan iklan komersial, antara yang pernah disiarkan di kaca TV termasuklah Nescafe Classic, Avon Colour, Pantene dan Panasonic.

Nasha Aziz memulakan kerjaya dalam bidang permodelan kira-kira 19 tahun lalu, namun hanya bergelar pelakon filem pada 1997 dan Kad Cinta terbitan Julie Dahlan adalah filem pertamanya.

Nasha pernah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) menerusi filem Bara, seterusnya bergelar Pelakon Wanita Terbaik pada FFM17 menerusi Trauma selain pernah menjadi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-15.

Selain aktif di bidang perfileman, Nasha juga ligat berlakon drama TV dan drama pertamanya ialah Duit Free, arahan Zainal TJ, dan Inikah Cinta, sebanyak 13 episod menerusi TV1.

Nasha juga berlakon drama bersiri 25 episod iaitu Inspirion untuk slot Samarinda TV3.

Profil Nasha Aziz

1 Comment

  1. zainal tj said,

    August 13, 2009 at 8:11 pm

    yoyo…. sekareng yyeng bercakap ini adalah klon zainal tj… nasha… ingat dulu kau ada kata sc yang paling kau suka itu kertas terbeng… semua mau tangkap…. heheheh


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: