Cinta Filem Terbaik FFM20 raih RM50,000

Cinta Filem Terbaik FFM20 raih RM50,000
Oleh Zainuri Misfar (Berita Harian)

GEORGETOWN: Filem Cinta arahan Kabir Bhatia dipilih Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20) yang berlangsung di Dewan Canselor Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, malam tadi.Anugerah berkenaan membolehkan filem itu menerima hadiah RM50,000, selain merangkul tiga kategori lain.

Pengarah filem Waris Jari Hantu (WJH), Shuhaimi Baba pula memenangi gelaran Pengarah Terbaik untuk menerima RM25,000. Filem ini turut meraih empat kategori lain menjadikan ia paling banyak menerima hadiah.Hadiah utama itu disampaikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abas. Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Seperti dijangka pelakon utama WJH, Rusdi Ramli dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, manakala Azean Irdawaty sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Filem WJH juga turut memenangi hadiah Skor Muzik Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.Filem Cinta terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) turut menerima hadiah bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Datuk Rahim Razali, Lakon Layar Terbaik dan Penyunting Terbaik.Vanidah Imran yang dicalonkan menerusi filem The Red Kebaya pula menangi kategori Pelakon Wanita Terbaik. Filem ini juga turut memenangi Poster Terbaik dan Pereka Busana Terbaik.Natasha Hudson yang membintangi filem Chermin dipilih sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik, manakala pengarahnya, Zarina Abdullah menerima hadiah Pengarah Harapan.Pelakon Harapan Lelaki Terbaik dimenangi Azizan Nin menerusi filem Cinta Terakhir.Sementara itu, filem Puaka Tebing Biru arahan Othman Ali pula menerima hadiah Sinematografi Terbaik.Filem Chalanggai memenangi kategori Filem Digital Terbaik, manakala filem Pintu sebagai Filem Animasi Terbaik dan Jejak Rasul Episod Israk & Mikraj memenangi hadiah Filem Pendek/Dokumentari Terbaik.

FFM20 dianjurkan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama KeKKWa, Kerajaan Pulau Pinang dan USM.Sebanyak 11 kategori Anugerah Perdana dan 13 kategori bagi Anugerah Cipta disediakan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM375,000.

INFO

  • Pengarah Terbaik
    Shuhaimi Baba – Waris Jaris Hantu
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
    Datuk Rahim Razali – Cinta
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
    Azean Irdawaty – Waris Jari Hantu
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
    Mohd Syafie Naswip – Mukhsin
  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: