Evolusi 2008 Rizalman

Baju yang diberi nama Evolusi 2008 rekaan Rizalman..
meletopp siot baju nie…;-)

Cinta Filem Terbaik FFM20 raih RM50,000

Cinta Filem Terbaik FFM20 raih RM50,000
Oleh Zainuri Misfar (Berita Harian)

GEORGETOWN: Filem Cinta arahan Kabir Bhatia dipilih Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20) yang berlangsung di Dewan Canselor Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, malam tadi.Anugerah berkenaan membolehkan filem itu menerima hadiah RM50,000, selain merangkul tiga kategori lain.

Pengarah filem Waris Jari Hantu (WJH), Shuhaimi Baba pula memenangi gelaran Pengarah Terbaik untuk menerima RM25,000. Filem ini turut meraih empat kategori lain menjadikan ia paling banyak menerima hadiah.Hadiah utama itu disampaikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abas. Turut hadir pada majlis ini ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Seperti dijangka pelakon utama WJH, Rusdi Ramli dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, manakala Azean Irdawaty sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Filem WJH juga turut memenangi hadiah Skor Muzik Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.Filem Cinta terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) turut menerima hadiah bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Datuk Rahim Razali, Lakon Layar Terbaik dan Penyunting Terbaik.Vanidah Imran yang dicalonkan menerusi filem The Red Kebaya pula menangi kategori Pelakon Wanita Terbaik. Filem ini juga turut memenangi Poster Terbaik dan Pereka Busana Terbaik.Natasha Hudson yang membintangi filem Chermin dipilih sebagai Pelakon Harapan Wanita Terbaik, manakala pengarahnya, Zarina Abdullah menerima hadiah Pengarah Harapan.Pelakon Harapan Lelaki Terbaik dimenangi Azizan Nin menerusi filem Cinta Terakhir.Sementara itu, filem Puaka Tebing Biru arahan Othman Ali pula menerima hadiah Sinematografi Terbaik.Filem Chalanggai memenangi kategori Filem Digital Terbaik, manakala filem Pintu sebagai Filem Animasi Terbaik dan Jejak Rasul Episod Israk & Mikraj memenangi hadiah Filem Pendek/Dokumentari Terbaik.

FFM20 dianjurkan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama KeKKWa, Kerajaan Pulau Pinang dan USM.Sebanyak 11 kategori Anugerah Perdana dan 13 kategori bagi Anugerah Cipta disediakan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM375,000.

INFO

  • Pengarah Terbaik
    Shuhaimi Baba – Waris Jaris Hantu
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
    Datuk Rahim Razali – Cinta
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
    Azean Irdawaty – Waris Jari Hantu
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
    Mohd Syafie Naswip – Mukhsin
  • Filem Terbaik?

    Waris Jari Hantu, Chermin jadi pilihan

    Filem Tentang Bulan, Mukhsin dan Sumolah beri saingan sengit kategori Filem Terbaik FFM 20

    Waris Jari Hantu (WJH) dan Chermin disebut-sebut menjadi calon pilihan untuk merebut gelaran Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20) menjelang acara kemuncaknya, malam esok.Pemenang kategori tertinggi itu bakal menerima hadiah wang tunai RM50,000 pada majlis yang bakal berlangsung di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Ini berdasarkan kepada jumlah pencalonan yang diterima dengan semuanya membabitkan kategori utama. Filem WJH menerima pencalonan menerusi 13 kategori, manakala Chermin membabitkan 10 kategori. Satu lagi filem yang menerima pencalonan 10 kategori ialah The Red Kebaya, tetapi tidak layak untuk meraih gelaran Filem Terbaik kerana mengabaikan bahasa kebangsaan apabila ia menggunakan hampir sepenuhnya bahasa Inggeris. Penganjur FFM20 sudah menetapkan syarat Filem Terbaik FFM20 harus mencerminkan pengisian dalam bahasa kebangsaan iaitu mesti menggunakan bahasa Malaysia sekurang-kurangnya 80 peratus untuk dialog pelakonnya. Ia adalah satu langkah wajar untuk menjadikan filem Malaysia lebih berimejkan Malaysia termasuk mendaulatkan bahasa kebangsaan menerusi seni filem.

    WJH dan Chermin masing-masing menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Penataan Muzik Terbaik. WJH juga menerima pencalonan kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Busana Terbaik. Kategori lain yang diterima Chermin adalah Sinematografi Terbaik. Berdasarkan analisa terhadap keputusan festival filem yang lalu, kemenangan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik atau Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Penyunting Terbaik dan Skor Muzik Terbaik akan memberikan peluang cerah untuk filem terbabit memenangi Filem Terbaik.Berdasarkan keputusan FFM19, kemenangan Filem Terbaik juga tidak ditentukan kejayaan menerusi filem yang memenangi kategori Pengarah Terbaik. Ini terbukti apabila Shuhaimi Baba yang diangkat sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam 2, tetapi kemenangan Filem Terbaik diberi kepada Gubra arahan Yasmin Ahmad.Bagaimanapun, ini tidaklah bermakna ia menafikan peluang filem lain seperti Jangan Pandang Belakang, Tentang Bulan, Sumolah, Cinta dan Mukhsin yang masing-masing ada potensi untuk meraih hadiah Filem Terbaik. Siapa sangka, Filem Terbaik juga boleh dimenangi filem superhero pertama Malaysia, Cicak-Man.

    Kategori Pengarah Terbaik yang menyediakan wang tunai RM25,000 boleh dianggap melihat persaingan tiga penjuru iaitu antara Suhaimi Baba (WJH), Zarina Abdullah (Chermin) dan Afdlin Shauki (Sumolah). Namun, Shuhaimi mungkin sukar untuk mengekalkan kejuaraannya. Zarina boleh membuat kejutan untuk memenangi kategori ini. Afdlin pula semakin kreatif dengan idea baru lebih segar menerusi Sumolah. Bagaimanapun, peluang Yasmin atas tiket kerjanya menerusi Mukhsin tetap ada kerana filem itu tidaklah menghampakan. Cuma, gaya pengarahan Yasmin sudah dianggap longgar dan stereotaip kerana beliau lebih banyak mengulangi corak persembahan yang sama seperti filemnya terdahulu.Jangan pula memandang ringan kemampuan Ahmad Idham sekalipun dia hanya dicalonkan menerusi filem yang berkisar kepada kisah budak-budak iaitu Tentang Bulan. Ahmad Idham pernah memenangi anugerah Pengarah Harapan menerusi filem Mr Cinderella pada FFM terdahulu.

    Sementara itu, Rusdi Ramli yang dicalonkan menerusi filem WJH juga disebut-sebut memenangi Pelakon Lelaki Terbaik. Penghayatan dan kesungguhannya melakonkan watak lelaki menukar identiti dirinya menjadi perempuan sejati memberikan impak besar besar kepada penonton. Meskipun ada pihak tidak senang dengan imej watak sedemikian tetapi dari segi lakonan, Rusdi berjaya.Rosyam Nor yang membintangi filem Syaitan menjadi pencabar terdekat Rusdi. Lakonan Afdlin Shauki dalam Sumolah memang baik tetapi karektornya yang terlalu bersahaja sama saja dalam atau di luar filem, malah begitulah juga penampilannya dalam semua filemnya sebelum ini – lakonan klise! Ini menyebabkan lakonannya kurang menonjol.

    Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, walaupun tumpuan terarah kepada pemenang tahun lalu, Sharifah Amani yang dicalonkan menerusi filem Cinta, beliau tetap mendapat saingan mencabar daripada calon lain. Namun, lakonan Sharifah Amani kali ini tidaklah begitu menyerlah seperti penampilannya dalam Gubra. Natasha Hudson mungkin agak baru dalam dunia perfileman tetapi tidak bermakna tiada peluang memenangi kategori ini. Lakonannya dalam Chermin tidak menghampakan dan berpotensi besar untuk menang.Peluang Nasha Aziz yang dicalonkan menerusi Puaka Tebing Biru untuk membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik bagi kali kedua, agak sukar. Nasha pernah menang kategori ini ketika FFM17 pada 2004 menerusi filem Trauma.

    FFM::Best Actress?


    (natasha hudson-chermin)


    (sharifah amani-cinta)


    (vanida imran-the red kebaya)


    (maya karin-waris jari hantu)


    (nasha aziz-puaka tebing biru)

    p/s:-picz credit to budiey.com

    Festival Filem Malaysia ke-20

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

     

    FILEM TERBAIK

    1. Jangan Pandang Belakang (2007)

    2. Tentang Bulan (2006)

    3. Nana Tanjung (2006)

    4. Cinta (2006)

    5. Mukhsin (2007)

    6. Puaka Tebing Biru (2007)

    7. Syaitan (2007) 

    8. Zombie Kampung Pisang (2007)  

    9. Cicak-Man (2006)  

    10. Diva (2007)  

    11. Haru Biru (2007) 

    12. Waris Jari Hantu (2007)  

    13. Seed Of Darkness (2006) 

    14. Cinta Yang Satu (2007)

    15. Chermin (2007)

    16. Cinta Terakhir (2007)

    17. Misi 1511 (2006)  

    18. Orang Minyak (2007)  

    19. Possessed (2006)  

    20. Sumo-Lah (2007)

    21. The Red Kebaya (2006) 

    22. Budak Lapok (2007)  

    23. Qabil Khushry Qabil Igam (2007)

     

    PENGARAH FILEM TERBAIK

    1. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah

    2. Ahmad Idham Filem: Tentang Bulan

    3. Shuhaimi Baba Filem: Waris Jari Hantu

    4. Yasmin Ahmad Filem: Mukhsin

    5. Zarina Abdullah Filem: Chermin

     

    PELAKON LELAKI TERBAIK

    1. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah

    2. Pierre Andre Filem: Jangan Pandang Belakang

    3. Ramli Hassan Filem: The Red Kebaya

    4. Rosyam Nor Filem: Syaitan

    5. Rusdi Ramli Filem: Waris Jari Hantu

     

    PELAKON WANITA TERBAIK

    1. Maya Karin Filem: Waris Jari Hantu

    2. Nasha Aziz Filem: Puaka Tebing Biru

    3. Natasha Hudson Filem: Chermin

    4. Sharifah Amani Filem: Cinta

    5. Vanida Imran Filem: The Red Kebaya

     

    LAKON LAYAR TERBAIK

    1. Shuhaimi Baba Filem: Waris Jari Hantu

    2. Halina Samad Filem: Waris Jari Hantu

    3. Mira Mustaffa Filem: Cinta

    4. Zarina Abdullah Filem: Chermin

    5. Ahmad Idham Filem: Tentang Bulan

    6. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah

     

    CERITA ASAL TERBAIK

    1. Shuhaimi Baba Filem: Waris Jari Hantu

    2. Mira Mustaffa Filem: Cinta

    3. Zarina Abdullah Filem: Chermin

    4. Yasmin Ahmad Filem: Mukhsin

    5. Shariman Shafie Filem: Tentang Bulan

     

    SINEMATOGRAFI TERBAIK

    1. Y. M. Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin The Red Kebaya

    2. Khalid Zakaria Filem: Puaka Tebing Biru

    3. Roszali Samad Filem: Chermin

    4. Abang (Indra Che Muda) Filem: Jangan Pandang Belakang

    5. Madnor Kassim Filem: Cinta

     

    PENYUNTING TERBAIK

    1. Akash Sing Filem: Cinta

    2. Faizul Mohd Noh Filem: Sumo-Lah

    3. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah

    4. Ahmad Mustapha Filem: Jangan Pandang Belakang

    5. Zarina Abdullah Filem: Chermin

    6. Kamarudin Abu Filem: Waris Jari Hantu

     

    SKOR ASAL TERBAIK

    1. Shamsul Cairel Filem: Waris Jari Hantu

    2. Adeline Wong Filem: Chermin

    3. Edry (KRU) Filem: Cicak-Man

    4. Zul Mahat Filem: Syaitan

    5. S. Atan Filem: The Red Kebaya

    6. Abbs Abdali Filem: The Red Kebaya

     

    PENATAAN SENI TERBAIK

    1. Yusry KRU Filem: Cicak-Man

    2. Nazrul Asraff  Filem: Puaka Tebing Biru

    3. Andy Sulaiman Filem: Chermin

    4. Aida Buyong Filem: Waris Jari Hantu

    5. Kamarul Nizam Filem: Waris Jari Hantu

    6. Tee Kim Filem: Cinta

     

    PENATAAN BUNYI TERBAIK

    1. Edry (KRU) Filem: Cicak-Man

    2. Azman Hassan Filem: Puaka Tebing Biru

    3. Addaudio Ex Sdn. Bhd. Filem: The Red Kebaya

     

    PELAKON LELAKI TERBAIK (DALAM WATAK PEMBANTU)

    1. Aznil Nawawi Filem: Cicak-Man

    2. Patrick Teoh Filem: Sumo-Lah

    3. Rashid Salleh Filem: Waris Jari Hantu

    4. Dato’ Haji Rahim Razali Filem: Cinta

    5. Zahim Albakri Filem: The Red Kebaya

     

    PELAKON WANITA TERBAIK (DALAM WATAK PEMBANTU)

    1. Azean Irdawaty Filem: Waris Jari Hantu

    2. Deanna Yusoff Filem: Chermin

    3. Nanu Filem: Cinta

    4. Mak Mah Filem: Jangan Pandang Belakang

    5. Samantha Schubert Filem: The Red Kebaya

     

    PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

    1. Fatin Nur Afifah Filem: Tentang Bulan

    2. Mohd Addy Ashraf Filem: Tentang Bulan

    3. Mohd Syafie Naswip Filem: Mukhsin

    4. Nik Adruce Filem: Tentang Bulan

    5. Sharifah Aryana Filem: Mukhsin

     

    LAGU TEMA ASAL TERBAIK

    1. Ajai Filem: Waris Jari Hantu

    2. Sharon Paul Filem: Waris Jari Hantu

    3. Tam Spider Filem: Cicak-Man

    4. S. Atan Filem: The Red Kebaya

    5. Pacai Filem: Sumo-Lah

    6. Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah

    7. Awie Filem: Puaka Tebing Biru

     

    PEREKA KOSTUM / BUSANA

    1. Shamsu Yusof Filem: The Red Kebaya

    2. Mark Gibson Filem: The Red Kebaya

    3. Dee Hasnan Filem: Waris Jari Hantu

    4. Moon Filem: Cinta

    5. Izad Filem: Cicak-Man

     

    POSTER TERBAIK

    1. Hock Star Entertainment Industry Bhd Filem: Possessed

    2. Grand Brilliance Sdn. Bhd. Filem: Mukhsin

    3. Grand Brilliance Sdn. Bhd. Filem: Cinta

    4. L’ Agenda Production Sdn Bhd Filem: The Red Kebaya

    5. Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Filem: Zombie Kampung Pisang

     

    DIGITAL FILEM TERBAIK

    1. The Bird House (Naio Wu) (2007)

    2. Chalanggai (Dancing Bells) (2007)

    3. Keluarga Goodbye Boys (2007)
       

    DOKUMENTARI TERBAIK

    1. Demi Kemanusiaan (2007)

    2. Jejak Rasul – Muhammad s.a.w Episod – Israk Mikraj (2006)

    3. Rumah Degil (2007)

     

    ANIMASI TERBAIK

    1. Check My Mate (2007)

    2. Helping Hand (2007)

    3. Pawn Conspiracy (2007)

     

    FILEM PENDEK TERBAIK

    1. Jamuan (2007)

    2. Pintu (2007)

    3. Di Sebalik Kelir (2007)

    p/s:-FFM ke-20 akan berlangsung pada 4 Ogos 2007 (Sabtu)
    di Dewan Tuanku Syed Putra, USM.