Siapa Cepat Dia Dapat…

taken from Datin Seri Tiara Jacquelina’s blog 

hi friends!

just to share with you, before news is released to the general public tomorrow, enfiniti productions is confirming 1 additional performance of p.ramlee the musical, 3rd november at 3pm (matinee performance). this will surely be a most emotional performance for the cast as its going to be their last day of performing for this season… tickets are available through www.ticket2u.biz and istana budaya’s 24-hr hotline just as before, so good luck, its 1stcome-1st served… hope to see you all there!

Prof Razak belum puas hati jumlah kutipan Otai

Prof Razak belum puas hati jumlah kutipan Otai
Oleh Zainuri Misfar
 

FILEM Otai masih mampu mencatat kutipan kasar lebih RM3 juta selepas 10 hari ditayangkan walaupun diberi liputan kurang meluas oleh media kerana menganggap ia sebagai filem komedi yang tidak ada pembaharuan daripada pengarahnya, Profesor Madya A Razak Mohaideen.

“Hanya dua tiga orang saja yang cakap filem ini tidak ada pembaharuan, slapstick, lawak bodoh. Orang yang cakap ini mungkin tidak tengok filem ini,” kata Razak. “Tapi kalau tengok dalam internet, ramai yang memberi pendapat mengatakan Otai lain dari yang lain. Ia sebuah filem komedi yang segar. Saiful Apek dan Nasha juga menunjukkan gandingan yang baik dalam filem ini,” sambungnya lagi. Filem Otai juga adalah satu kritikan sosial secara halus yang disampaikan secara jenaka mengenai punca lelaki kahwin lebih dari satu, akibat dan tanggungjawab apabila beristeri dua selain peranan orang tua dalam rumah tangga anak mereka. Beliau tetap mempertahankan sebab mengekalkan Saiful Apek dalam filem arahannya.“Lakonannya mungkin nampak sama tetapi wataknya tetap berbeza,” tegasnya.

Sambil wujud persefahaman yang baik, Profesor A Razak juga menganggap pelakon dan pelawak itu seorang yang serba boleh. “Walaupun filem komedi, lakonan Saiful berbeza antara satu sama lain. Dalam Otai, dia cakap bahasa moden, tetapi dalam filem Nana Tanjung 2 yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Saiful Apek cakap loghat utara, yang tidak pernah dibuat sebelum ini,” katanya lagi.Menurutnya, filem Otai juga menggunakan konsep yang belum dibuat oleh mana-mana pembikin filem iaitu membawa konsep televisyen ke layar perak tetapi pendekatan itu tidak disedari oleh sesiapa pun.

Selain itu, beliau juga terkilan kerana masih dianggap pengarah filem komedi kerana sepanjang mengarah 26 filem, pelbagai genre sudah dihasilkan seperti aksi, drama, seram dan fantasi.“Cuma secara kebetulan saya memang banyak buat filem komedi. Sebenarnya saya sudah buat macam-macam jenis filem. Saya merintis kepada pembikinan filem seram iaitu Mistik selepas 30 tahun kita tidak buat filem seperti itu. Selepas Mistik baru ada Pontianak (Pontianak Harum Sundal Malam),” jelasnya.
Mengulas kutipan RM3 juta yang dibuat oleh filem Otai, Profesor Razak berkata selain soal kutipan beliau juga mengutamakan jumlah penonton yang datang ke pawagam kerana ia sebenarnya menggambarkan mengenai keseluruhan industri filem tanah air. “Selalunya dua filem tempatan ditayangkan serentak pada musim raya. Saya tidak kata filem ini tidak ada saingan. Kita masih bersaing dengan filem dari Hollywood.“Filem Otai dapat kutipan RM3 juta dalam masa 10 hari dan ditonton 360,000 orang. Bagi saya angka antara 350,000 hingga 400,000 penonton untuk satu filem ialah jumlah sangat kecil sebab kita ada kira-kira 25 juta penduduk. “Saya sasarkan sekurang-kurangnya satu juta penonton menonton satu filem filem tempatan kerana dari angka itu barulah kita boleh anggap aktiviti perfileman sebagai satu industri,” katanya. Sebagai pensyarah perfileman dan pengarah, Profesor Razak berkata, beliau sering membuat kajian mengenai tabiat dan ciri penonton filem tempatan. “Saya menganalisis profil penonton. Siapa penonton ke pawagam, yang sanggup keluar duit tengok filem kita. Hampir 95 peratus (penonton) remaja. Filem komedi genre yang sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga, jadi ibu bapa menonton sekali. “Ini menjadi ruang untuk menonton lebih ramai lagi. Macam Otai, tiket pada tayangan minggu pertama habis, ramai yang kecewa. Saya juga kecewa kerana tidak banyak panggung boleh menayangkan filem ini,” katanya. Berdasarkan kajiannya, beliau berpendapat kejayaan sesebuah filem tempatan dengan mendapat sambutan menggalakkan akan memberi keyakinan kepada pihak pemamer membuka lebih banyak pawagam.

“Kalau filem tidak berjaya menarik khalayak, pemilik pawagam kerugian. Setiap hari minimum mereka memerlukan 30 hingga 35 penonton untuk satu panggung bagi menampung kos operasi,” katanya. Profesor Razak berkata, kerugian yang ditanggung oleh pihak pemamer menyebabkan mereka mengurangkan atau menutup terus pawagam dan jika ia berlaku sudah pasti merugikan pula kepada penonton serta penggiat perfileman. “Industri filem ini bergerak mengikut kitaran. Saya bukan emosional tetapi melihat ini sebagai isu yang serius. Saya tak boleh melatah. Betul (buat) filem memang kena buat duit, kalau bukan buat duit, bukan perniagaan. Kita kena faham kalau filem tidak menguntungkan, tidak akan ada lagi filem dibuat. Apabila filem kita memberi keuntungan ia dapat menjamin pendapatan karyawan filem dan juga mengukuhkan industri ini. “Kalau industri filem kita sudah kukuh, saya yakin ramai pengarah dan produser mampu membuat filem lebih baik. Di Hollywood, mereka boleh buat macam-macam genre filem sebab industri mereka kukuh, sebab mereka ada penonton,” tegasnya.Tambah beliau lagi, menghasilkan filem biarlah memberi keuntungan kerana ia memberi semangat kepada produser dan pengarah terus berkarya selain memberikan modal pusingan untuk menerbitkan filem seterusnya.

Upin&Ipin Review

Sambil menyiapkan entri untuk ulasan filem Otai, aku teringat untuk menulis review tentang siri animasi Upin & Ipin nie..sebab aku baru je habis tengok cerita nie.Aku rasa nie adalah siri animasi yang paling2 cutee dan yang paling menjadi kebanggaan..ianya adalah 100% buatan Malaysia. Siri ini telah ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan yang lepas di TV9.Animasi sebanyak 6 episod ini adalah hasil produk Les’Copaque dan siri ini adalah untuk percubaan untuk melihat reaksi penonton dan juga untuk memberi kefahaman kepada penonton sebelum filem animasi Geng dikeluarkan.Untuk mendapatkan VCD/DVD siri ini..sila klik di sini.

Upin & Ipin nie tersangatlah comelnyaa..dengan imej kepala botak dan suara yang sangat2 comel nie sangat2 menarik.

 

x sabarnyeee nak tunggu movie nie 2008 nanti..Upin&Ipin cutee :-)

Kak Ros pun cun jugak,ala2 Erra Fazira gitu….

main characters pose

Barisan pelakon filem Geng:-

From left to right :-Sally, Singh, Pak Mail, Tok Dalang, Badrol, Ipin, Rose, Raju, Lim, Upin, Mak Uda, Ah Tong, Muthu

Lagi ulasan tentang siri animasi Upin&Ipin :-

Nazri’s blog

Mohd Ismail(dot) Com

Ramai Penonton Suka Tengok OTAI

Celoteh: Ramai penonton suka tengok Otai
Bintang Popular 21Okt2007
Oleh Akmal Abdullah

Otai

Siapa sangka filem raya, Otai yang tengah rancak ditayangkan kini sudah cecah kutipan kasar lebih RM1.5 juta dalam tempoh seminggu menemui penonton sejak hari raya pertama pada Sabtu minggu lalu. Ramai yang tidak menduga filem komedi yang masih menggunakan Saiful Apek sebagai taruhan utama tetap mampu boleh memikat ramai penonton. Meskipun ramai sudah tahu dengan gaya, keletah dan cara lawak bodoh Apek tetapi penonton masih dapat menerima filem lakonannya. Semuanya juga kerana sentuhan Prof Madya Razak Mohaideen yang masih menyengat dari segi filem untuk ‘buat duit’. Razak masih mampu membawa suasana segar filem komedi yang boleh mengajak orang ramai berpusu-pusu ke pawagam pada musim cuti perayaan.

Apa yang membanggakan, inilah filem Melayu pertama yang meraih kutipan hebat dalam tempoh tiga hari tayangan, ia sudah mampu memungut RM1 juta. Ini sesuatu yang sudah lama tidak dirasai oleh filem tempatan. Tidak mustahil selesai tayangannya kelak, filem ini mampu meraih kutipan lebih RM3 juta.Otai adalah judul yang cathchy dan senang disebut. Filem ini juga selain ceritanya ringan dan bersahaja bersama komedi klise dan slapstik, tetapi kekuatan filem ini ialah kerana ia berjaya menyuntik elemen hiburan yang tinggi untuk orang ramai bersantai pada musim cuti Aidilfitri. Sekalipun ia cuma komedi ringan tetapi nilai moral dalam filem ini juga menarik untuk dibincangkan. Lebih-lebih lagi kekuatan promosinya yang baik, membuatkan ramai teruja untuk menonton Otai apabila ia ditayangkan menerusi 60 pawagam.Ini berbeza dengan filem animasi tempatan, Budak Lapok arahan Anwardi Jamil. Filem yang menggunakan nostalgia P Ramlee ini bukannya tidak bagus atau tidak menghiburkan tetapi ramai yang masih tidak tahu mengenai kewujudan filem ini kerana promosinya agak lemah, selain tayangannya cuma menerusi 26 pawagam.Mungkin juga kehadiran filem animasi dalam bentuk cereka masih belum dapat menjadi trend terhadap pasaran filem tempatan genre ini. Inilah masalah sama yang dihadapi terhadap dua filem cereka animasi terdahulu iaitu Silat Legenda dan Putih yang terlingkup di pasaran pawagam. Barangkali, filem animasi wajar terlebih dulu dibuat dalam bentuk siri TV supaya ia establish dan popular di hati masyarakat, kemudian barulah boleh dipindah ke layar perak.Pada 25 Oktober ini akan menyusul filem epik sejarah, 1957: Hati Malaya – satu-satunya filem berkaitan sejarah negara yang dihasilkan tahun ini. Sewajarnya filem ini ditayangkan sempena sambutan bulan kemerdekaan lalu, namun ia dianggap masih belum terlambat untuk penonton mencipta mood dan menghayati satu karya yang boleh memberi secubit rasa patriotisme. Menyusul seminggu selepas itu ialah filem komedi romantik, 9 September, buah tangan sulung Pierre Andre.Apapun alasan kita, kita kena sokong filem tempatan. Ketemu lagi minggu depan!

Selamat Pengantin Baru EE

Pernikahan Erra Fazira dan Engku Emran Engku Zainal Abidin berlangsung di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail pada malam semalam, 25 Oktober.

selamat pengantin baru…semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

p/s:-all photos credit to Bro Jinggo

P Ramlee The Musical besttt ^_^

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog nie,dah dekat sebulan x update blog nie aku rase..bulan puasa haritu aku sedikit bz dengan aktiviti2 lain..memang full aktiviti aku sepanjang bulan puasa yang lepas.Walaupun bz,aku seronok…;-) at least aku memenuhkan masa lapang aku dengan benda2 yang berfaedah.Ada sekali tu aku demam panas plaks,2 hari aku cuti time tuh sampai terlepas amek test Electric…huhu2.Sebelum start bulan Ramadhan lagi aku dah ushar tiket untuk PRAMLEE THE MUSICAL nie,sebab waktu tu aku takut habis sebab aku dengar tiket dah 25% sold out time tu…usha2 pastu aku x beli lagi pastu aku pun sibuk plaks dengan aktiviti2 lain..and then aku terlupa.Waktu hari raya ke-4,member aku call tanya aku pergi ke tidak tengok teater tuh..time tula baru aku teringat aku x beli tiket lagi..maka dengan penuh harapan aku mintak tolong la kawan aku belikan..usha kat internet macam dah habiss..so kawan aku terus g beli kat IB.Dapat tiket untuk 21 Oktober,pukul 3 petang..huh dapat tiket rm30 mesti seat pun kat atas2 mesti kureng nampak.huhuh2.Apapun aku enjoy tengok teater nie dari mula sampai habiss…^_^ Bagi aku jalan ceritanya cunn dan scene yang paling aku suka..scene antara Norizan dan Ramlee.Muzik nye pula memang class dan persembahan Dato’ CT Nurhaliza pun boleh tahan..Sean Ghazi pula memang sesuai dengan watak Ramlee tuh..Persembahan Atilia pun cunn dan suaranya memukau..Liza Hanim memberikan persembahan yang cukup superb dengan memegang watak Saloma..memang sesuai sangat watak tu dengan Liza Hanim.Unsur humor yang diselitkan dalam babak di antara Saloma dan PRamlee berjaya mencuit hati penonton..enjoyyy…props yang cunn juga antara daya tarikan.Tahniah kepada Datin Tiara dan juga team production yang lain kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang superb seperti ini..dan tahniah juga kerana tiket2 telah habis dijual sebelum 18 Oktober lagi…^_^

haa niela pandangan dari atas yang sempat dirakamkan …;-)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

sempat jugak we’all snap gambar CTNURHALIZA kat luar tuh….comelnyee CT nieh..aduiiii.urrrmmm Melissa Saila x kurang hebatnyaa..gaya ala2 Marilyn Monroe dalam teater nie memang cunnn dan sangt sesuai untuk beliau…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

pssstt ..gambar ini telah dicilok dari blog Chief Kodok..
gambar Miss Nasha Aziz sewaktu tayangan PRamleeTM pada 18 Oktober

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

Ulasan PRamlee The Musical :-

Prop, Lagu & Sinopsis Babak Pertama Teater Muzikal P. Ramlee
Ulasan Teater Muzikal P Ramlee The Musical: Part 1

Gambar2 menarik  :- Ched Eddie Yusoff’s Website

Otai Pecah Rekod

Otai Pecah Rekod
Harian Metro 22/10/2007

Selepas seminggu beraya, hari ini saya kembali bertugas. Pastinya mood raya masih ada, kalau puasa sebulan, raya juga sebulan.Tambahan pula selepas ini ramai yang akan mengadakan rumah terbuka.Selain dihidangkan program menarik di televisyen, panggung pula menyajikan dua filem Melayu, Otai dan Budak Lapok yang ditetapkan untuk tayangan musim raya tahun ini.

Pada raya keempat, satu khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima daripada Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB), Ahmad Puad Onah memaklumkan kutipan Otai yang diterbitkan GBSB dengan kerjasama LineClear Motion Pictures mencatat RM1 juta dalam masa tiga hari. Ia dikatakan satu rekod baru filem Melayu musim raya. Kalau dilihat filem yang ditayangkan raya tahun lalu, Bilut dan Diva Popular, memanglah kutipan dicatat Otai satu rekod membanggakan kerana Diva Popular hanya mencatat jumlah kutipan lebih RM1 juta tetapi Otai RM1 juta dalam masa tiga hari manakala kutipan Bilut lebih rendah daripada itu.Jumaat lalu, sekali lagi satu SMS dihantar lagi mengatakan Otai terus catat rekod baru tayangan musim raya dengan kutipan RM2 juta dalam masa enam hari.Kutipan terbaru dalam masa sembilan hari pula akan diketahui hari ini.

Tapi saya tidak pasti apakah terus mencatat rekod kerana ada mengatakan Otai tiada beza dengan garapan filem komedi Razak sebelum ini terutama Bujang Senang dan Nana Tanjung, cuma tajuknya saja berbeza. Ada mengakui rela keluar panggung sebelum filem tamat kerana lawaknya tidak mencuit hati malah lawak bodoh manakala ceritanya hampir sama.Majoriti penontonnya kanak-kanak terutama mereka yang meminati Saiful Apek. Malah filem-filem Apek serta diarahkan Razak sebelum ini terbukti mendapat sambutan. Contohnya Jutawan Fakir, Bujang Senang dan Nana Tanjung.

Bagi filem animasi Budak Lapok yang diterbitkan Matahari Animation & Production serta arahan Anwardi Jamil pula kutipannya tidak banyak, tidak pun sampai RM200,000 dalam masa enam hari. Bagaimanapun reaksi penonton dikatakan agak positif kerana memuji jalan ceritanya bagus dan ia filem yang menghiburkan. Cuma ramai yang salah anggap Budak Lapok cerita kartun biasa sesuai untuk kanak-kanak.Filem ini dikatakan mampu mengimbau nostalgia kepada seniman agung, Tan Sri P Ramlee masa kecil serta rakan seangkatan, Datuk Aziz Sattar dan S Shamsuddin pada era 50-an dan 60-an.Filem edaran MIG Productions Sdn Bhd ditayangkan di 26 panggung berbanding Otai 56 panggung.

Pada mulanya Budak Lapok hanya mempunyai 18 salinan tetapi ditambah pada saat akhir kerana pengedar nampak filem ini ada potensi.Selepas ini, penonton dapat menyaksikan buah tangan sulung pengarah muda, Pierre Andre menerusi filem terbitan MIG Productions, 9 September pada 1 November.Pierre bukan saja menjadi pengarah, skripnya juga oleh Pierre sekali gus pelakon utamanya bersama Fasha Sandha.Mengikut kebiasaan, satu filem ditayangkan dalam tempoh seminggu sepanjang musim cuti sekolah pada November dan Disember tetapi ada masalah apabila banyak filem tidak dapat disiapkan mengikut perancangan. Selepas 9 September, giliran Orang Minyak pada 15 November diikuti satu lagi komedi Razak, Nana Tanjung 2 (29 November) dan Anak Halal (13 Disember) tetapi belum ada filem yang akan mengisi kekosongan pada 27 Disember.Filem 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba yang diterbitkan khusus sempena menyambut kemerdekaan ke-50, ditetapkan untuk tayangan Khamis ini (25 Oktober). Ia tidak mengikut tarikh ditetapkan syarat wajib tayang.Pada awalnya penerbit mahu tayangkan filem ini pada 31 Ogos tetapi tidak dapat disiapkan dan meminta tayangan 10 Oktober.Memandangkan Otai dan Budak Lapok ditayangkan untuk 13 Oktober, filem 1957: Hati Malaya diberikan tarikh 18 Oktober.

Satu lagi yang hebat diperkatakan sekarang, pementasan P Ramlee The Musical di Istana Budaya, sejak Khamis lalu. Teater yang turut menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai pelakon ini memaparkan kehidupan P Ramlee dari kecil, kemudian bercinta dan berkahwin dengan Junaidah, Norizan dan Puan Sri Saloma.Siti memegang watak Azizah, P Ramlee (Sean Ghazi), Junaidah (Atilia), Norizan (Melissa Saila) dan Saloma (Liza Hanim). Difahamkan, kalau mahu mengukur kemampuan Siti sebagai pelakon, teater bukan kayu pengukurnya kerana belum mampu mencungkil bakal sebenar Siti dengan kehadirannya masih sebagai penyanyi.Lakonan Liza Hanim dan Atilia mendapat pujian manakala yang lain sudah diketahui kemampuan mereka kerana memang orang teater.

Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi