Al Fatihah(In Memory of Nurin Jazlin)..

Al-Fatihah untuk allahyarham adik Nurin Jazlin..semoga rohnya ditempatkan di kalangan para sahabat dan juga rasul.Kepada keluarga mangsa juga,ucapan takziah dihulurkan.Semoga menerima dugaan ini dengan penuh tabah dan redha.Semoga pembunuh ini dapat dicari dan dikenakan tindakan yang sewajarnya di atas kekejaman yang dilakukan.

Komedi bak terapi

Nasha Aziz perjelas sebab bintangi filem Otai
Berita Harian 18/09/07

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ada alasan tersendiri mengapa aktres Nasha Aziz mengambil keputusan berlakon dalam filem komedi arahan Prof Madya A Razak Mohaideen, Otai, yang bakal menemui peminat di pawagam pada Hari Lebaran nanti.Memegang watak Azura, isteri pertama kepada Aiman lakonan Saiful Apek, Otai mengetengahkan tema poligami dan bagaimana dua isteri tinggal sebumbung bersama suami yang dikongsi. Selain Nasha dan Apek, judul yang diterbitkan Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Grand Brilliance ini turut membariskan Yassin, Faeza, Ainul Aishah, Izreen, Maimon Mutalib, Farah Alya, Soffia Shamimi, Aznil Nawawi, Salih Yaacob dan Azean Irdawaty.

Menurut wanita cantik yang turut bergelar model terkenal ini, selepas terbabit dengan beberapa filem yang dianggap serius seperti Puaka Tebing Biru dan Trauma, dia ingin menjadikan 2007 sebagai detik untuknya kembali sebagai manusia normal.”Hidup sebagai seorang pelakon banyak membabitkan emosi dan kreativiti. Tidak lama dulu, kerana hendak menghayati watak Ratna dalam filem Puaka Tebing Biru, saya sendiri perlu menjadi insan yang serius. Ramai orang yang melihat saya asyik dalam keadaan murung ketika itu kerana saya terbawa-bawa watak berkenaan ke dalam kehidupan harian. Sebagai pelakon, saya perlu fokus.”Jadi kini saya perlukan rehat daripada watak sedemikian. Bagi 2007 dan 2008, untuk mengimbangi perwatakan dan kehidupan, saya memilih untuk berlakon dalam filem bercorak komedi atau memegang watak yang bukan serius. Berlakon komedi saya ibaratkan seperti terapi untuk kita berasa lebih tenang dan berasa seronok,” katanya selepas pratonton filem itu di Cathay Cineleisure Damansara, baru-baru ini.

Nyata sekali, aktres tinggi lampai ini girang sepanjang majlis berkenaan dan betah menjawab segala persoalan yang diajukan. Dia sendiri berkata kerana wataknya yang tidak murung itulah maka kini dia mampu untuk tampil lebih ceria.”Jika asyik murung, kesannya tidak bagus pada kehidupan. Sebagai pelakon pula, saya mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan bagi menyeimbangkan hidup saya,” katanya.Selepas Otai, Nasha tampil pula dengan watak seorang wanita yang sering menimbulkan kekecohan, menerusi filem Sepi arahan Kabir Bhatia. Pengarah itu sebelum ini cemerlang dengan filem Cinta, yang diumum Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-20 di Pulau Pinang.”Sebenarnya, Kabir menawarkan saya watak yang serius. Tetapi, saya memberitahunya, saya lebih suka jika diberikan watak yang menyeronokkan untuk ditonton dan saya sendiri seronok menjayakannya,” ujar Nasha yang menepis tanggapan dia sudah bosan dengan watak berat.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya terhadap isu poligami, berikutan filem lakonannya itu sendiri mengutarakan tema sedemikian, Nasha dengan sopan menolak untuk memberikan ulasan panjang berhubung topik berkenaan.”Maaf, saya tidak boleh mengulas panjang perkara ini kerana poligami itu sendiri sebahagian daripada sejarah Rasul. Wujud alasan mengapa poligami dibenarkan. Agama kita pada asasnya menggalakkan umatnya saling bantu membantu. Ada wanita yang memerlukan pertolongan. Daripada terbiar tanpa pembelaan, baiklah mereka dibantu menerusi perkahwinan.
“Sebagai manusia pada era moden ini pula, seharusnya kita perlu berfikiran waras apabila berbahas mengenai keperluan berkahwin lagi. Biarlah alasannya munasabah seperti mendapatkan zuriat, sebelum seseorang berpoligami,” kata Nasha yang berasakan, pemilihan filem berkenaan untuk tayangan hari raya amat bertepatan kerana ia membolehkan penonton merehatkan minda dan fizikal, sambil berhibur bersama ceritanya.

Otai, katanya, sebuah filem yang realistik, memaparkan isu cukup dekat dengan masyarakat. Bagaimanapun, pelakonnya menjadikan filem itu kelakar dan sesuatu yang menyenangkan perasaan.”Kami pelakon menambah perasa tersendiri ke dalamnya. Dengan imej dan sikap masing-masing, filem itu kelihatan lebih comel,” katanya.Kata Nasha, pengarah mahukan penonton berasa relaks apabila menonton filem jenaka itu biarpun isu yang dibentangkan benar-benar wujud dalam masyarakat.

p/s:-Budiey>>Ulasan Filem Otai: Hiburan Santai di Aidilfitri

How Pisces Are U?


You are 93% Pisces

How Pisces Are You?

  1. In love relationships, you tend to be more of a giver than a taker.
    • False
    • True
  2. You are flexible. You find it easy to adapt to any situation.
    • True
    • False
  3. You are very giving – so giving that you occasionally get taken advantage of.
    • True
    • False
  4. When it comes to love, you are shy. You are reluctant to pursue anyone.
    • False
    • True
  5. You’re a creative spirit, talented at art and writing.
    • False
    • True
  6. You are a dreamer, with big and impractical dreams.
    • False
    • True
  7. You’re most attracted to someone who will take care of you and make you feel safe.
    • True
    • False
  8. You are very sensitive. You tend to get easily hurt.
    • True
    • False
  9. In a less than perfect relationship, you tend to give until it hurts.
    • False
    • True
  10. If your friend tells you something outrageous, you tend to believe them and not question what they said.
    • False
    • True
  11. You love animals, and if you could, you’d have a zoo of stray dogs or cats.
    • False
    • True
  12. You have to avoid salespeople, because they’re good at persuading you to make purchases you later regret.
    • True
    • False
  13. You’ve been told that you are too trusting of strangers.
    • True
    • False
  14. You’re not entirely sure what your life goals are yet.
    • False
    • True
  15. You tend to be oblivious to office politics and fights your friends might be having with each other.
    • False
    • True

Nasha Aziz Official Forum *updated*

  

Nasha Aziz Official Forum kini berwajah baru..dan juga dimeriahkan dengan banyak gambar2 menarik dan terbaru.Antara gambar2 terbaru..

 

  • Nasha Aziz @Majlis bersama anak2 yatim Darul Hannan

  • Nasha Aziz @Kayangan Charity Gala

  • Nasha Aziz @FFM-20

  • Nasha Aziz @CEI Annual Dinner 2007

exclusive hanya di Nasha Aziz Official Forum…^_^ 

 

p/s:- official website www.nashaziz.com still under construction..

G&G Series Season 2 Sets.(Shasha)

Korang suke tengok Gol and Gincu?ape yang korang suke?jalan cerita yang menarik..pelakon2 yang cool?Korang suke x tengok dey’all nye set bilik tidur?cantek bangattt dienyer design..aku sangat suke.tadi sambil aku melayari internet,sekali terjumpa blog art director G&G..GWO.Bagi aku,aku paling suke design bilik tidur Shasha.Combination color yang menarik..hitam+merah.Jom tengok gambar2 nie..ape pendapat korang?Cun x?Memang sesuai sangat dengan karakter Shasha…

 

 

ok..akan datang kite tengok bilik Puteri pulaks..design bilik Puteri mengalami perubahan sedikit sebab Putri kan pindah rumah baru..;-) ok so tunggu…

KAMI.The TV Series

KAMI The Series follows the individual storiesof a group of five friends and the events that lead them to find each other.

KAMI adalah kisah persahabatan lima orang sahabat dan perjalanan mereka dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

Untuk maklumat lanjut…sila klik  Budiey’s Blog dan Projek Kami

Ramadhan Al-Mubarak..

 

Hari nie dah masuk hari kedua berpuasa.Kelas aku start awal pagi dari pukul 9pagi sampaila pukul 5 petang hari nie dan jugak semalam.Balik je dari kelas terus menuju ke bazar untuk membeli juadah berbuka..al-maklumla duduk hostel.Hari nie aku beli nasi dagang,semalam nasi beriyani..;-) urrm minggu yang sangat bz minggu nie coz ada banyak test.Besok ada test Electronic Devices pukul 10am.Next week Selasa ada test France,Rabu plaks test Digital System and last sekali Sabtu test English 2 dan PLC..fuiyoooo mencabar sungguh.Weekend pun x sempat balik berbuka di rumah..;-(

Apa2 pun diucapkan selamat berpuasa kepada semua dan semoga segala amalan dirahmati sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini..

Sinopsis OTAI

Sinopsis

Aiman yang sudah punyai isteri, Azura dan sudah 3 tahun mendirikan rumah tangga tetapi gagal untuk mendapatkan zuriat. Aiman dan Azura mendapat tekanan dari ayah Aiman, Tan Sri Mansur, jika mereka tidak mendapatkan zuriat menjelang akhir tahun, seluruh harta milik Tan Sri Mansur akan diberi kepada anak yatim. Azura membuat pemeriksaan dengan doktor, hasil pemeriksaan tersebut mendapati bahawa Azura mempunyai masalah peranakan. Azura telah membuat keputusan bahawa Azura membenarkan Aiman menikah seorang lagi atas tujuan untuk mendapatkan anak disertai dengan 17 syarat. Aiman meminta pertolongan dari kawan karibnya, Sammy untuk mencari calon untuk menjadi isteri yang kedua. Bagaimanapun semua calon ditolak oleh Azura dengan alasan terlalu cantik. Aiman kemudiannya meminta Sammy mencari Mawar, gadis yang diminatinya sebelum kahwin untuk menjadi isteri kedua. Sammy mengubah imej Mawar untuk meminta persetujuan dari Azura. Apabila Azura setuju, majlis akad nikah pun dijalankan. Semasa majlis akad nikah, kecantikkan Mawar terserlah dan Azura telah jatuh pengsan. Doktor mendapati bahawa Azura telah hamil. Kedatangan ibu Azura memburukkan lagi keadaan. Keadaan ini menimbukan pelbagai salah faham dan tekanan dalam keluarga Aiman. Aiman meminta pertolongan Sammy untuk mencari seorang lagi calon untuk menjadikan isterinya. Muslihat itu diketahui oleh Mawar dan Azura dan mereka menyesali atas kelakuan mereka sebelum ini dan berjanji akan berbaik dan menjaga Aiman.

 

pics credit to sinemamalaysia.com

Otai Promosi di IPTA

Otai promosi di IPTA

GRAND Brilliance Sdn. Bhd., (GBSB) telah melakukan pelbagai strategi bagi memastikan filem terbaru terbitannya berjudul Otai mendapat sambutan para penonton.Pengurus Besar GBSB, Ahmad Puad Onah berkata, antara strategi promosi yang telah dijalankan ialah dengan mengadakan tayangan awal filem itu di institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang terdapat di negara ini.“Pada 4 September lepas, kami telah mengadakan tayangan awal Otai di Dewan Budiman, UiTM (Universiti Teknologi Mara) di Shah Alam dan ia telah ditonton oleh 1,200 penonton.“Sambutan di luar dugaan itu suatu petanda baik untuk filem ini sebelum ia ditayangkan kepada umum mulai 13 Oktober ini,” katanya ketika ditemui selepas pratonton Otai di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Ahmad Puad, IPTA dipilih sebagai salah satu rangka promosi itu kerana beliau menyasarkan penonton yang paling ramai menonton filem merupakan golongan pelajar.Apatah lagi katanya, para pelajar terutamanya yang menuntut di IPTA terdiri daripada pelajar yang datang dari merata-rata tempat.“Kami harap para pelajar yang telah menonton Otai akan menghebahkannya daripada mulut ke mulut tentang filem ini.“Apabila mereka pulang bercuti di kampung halaman masing-masing mereka akan mempromosikan filem ini secara tidak langsung.“Kebetulan pula Otai akan ditayangkan ketika musim cuti perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini di mana filem ini sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat,” ujarnya lagi.

Otai yang diarahkan oleh Prof. Madya A. Razak Mohaideen menelan kos produksi dan promosi berjumlah RM1.5 juta.Filem genre situasi komedi itu antaranya dibintangi Saiful Apek, Nasha Aziz, Azean Irdawaty, Yassin Yahya, Salih Yaccob dan Faeza.Otai mengisahkan tentang Aiman (lakonan Saiful Apek) yang sudah berkahwin selama tiga tahun tetapi masih belum dikurniakan cahayamata.Aiman dan isterinya, Azura (Nasha Aziz) mendapat tekanan daripada bapa Aiman, Tan Sri Mansur (Salih Yaccob) yang teringin menimang cucu.Bagi menyelesaikan masalah itu, Aiman dibenarkan berkahwin tetapi dia dikenakan 17 syarat.

p/s: Berita Harian Online 12/09/2007..

NASHA AZIZ Cover Magazine HAI 8-14 Sept

Nokia 8600 Luna

 

Band GSM 850/900/1800/1900MHz
Data GPRS/EDGE
Size 107mm x 44mm x 16mm
(4.2″ x 1.7″ x 0.6″)
Weight 143g (5.0oz)
Battery Life Up to 10 days standby
Up to 3.4 hours talk time
Main Display 16m color TFT, QVGA (240×320pixel) resolution
Camera 2 megapixel
Video Video capture/playback at QCIF (176×144)/subQCIF (128×96) resolutions
Messaging MMS/SMS
Email POP/IMAP/SMTP
Bluetooth Yes
Infrared No
Java Yes
Polyphonics Yes
Memory 128MB
Availability Q2 2007 (manufacturer’s estimate)
Other AAC/eAAC+/AAC+/MP3 music player, microUSB connector

The Nokia 8600 Luna is now available at authorized Nokia dealers nationwide at a recommended retail price of RM2,999. 

« Older entries