May 23, 2007 at 10:37 am (Movies)

Tina dan Ari berkawan baik, dan bersaudara dengan Tok Wan Rimau, penjaga harimau saka keluarga Tina, yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Tok Wan dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya. Ari sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran ‘Mat Kepit’, atau ‘Mat Patah’. Walaupun begitu, Tina setia berada di sisi Ari, malah menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Ari, dan berharap akan berkahwin dengannya satu hari nanti. Ari memendam rasa luka yang mendalam disebabkan ejekan-ejekan itu, lantas menyembunyikan dirinya untuk melupakan realiti yang pahit melalui persahabatannya dengan Tina. Walaupun dihalang keras oleh keluarga, ternyata Tina pilihan Tok Wan untuk menjadi pewaris saka. Sehinggalah Ari yang sayangkan Tina menawarkan dirinya menjadi pengganti…Nantikan kemunculannya di pawagam 31 Mei ini~
Leave a Comment
May 7, 2007 at 8:36 pm (Sports)

Walaupun kalah pada Natalie Grinham di kejohanan Women’s Seoul Open Squash Championship, Seoul Plaza, Seoul, South Korea bulan lepas,namun Nicol David masih mengekalkan takhtanya sebagai pemain no 1 dunia menurut laporan terkini dari WISPA.Dalam kejohanan di Seoul itu, Nicol kalah mudah di tangan Natalie dengan keputusan [Natalie Grinham (AUS) bt [1] Nicol David (MAS) 9-4,9-4,9-0].
Leave a Comment
May 6, 2007 at 4:42 am (Movies)
Spiderman 3 telah mencatatkan kutipan box-office $59 million iaitu kutipan yang telah menandingi filem box-office “Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest“..Besar betul penangan abang Spidey nie..ehehe.Itu berita luar negara.berita dalam negara pula Jangan Pandang Belakang telah mencecah kutipan RM 6.3 juta..wow!!! dah berjaya melepasi filem Sembilu selama nie yang memegang takhta teratas dengan kutipan RM6.1 juta..khabarnya filem ini akan ditayangkan di Filipina jugak..satu perubahan dalam pasaran filem Malaysia..yess…


Aku nak balik Seremban kejap lagi..pkul 2.Besok kembali semula di sini..:-) Ingatkan nak balik awal pagi tapi terlewat bangun la pulaks..hehe..takpe,masih ada masa.Perjalanan Bangi-Seremban hanya amek masa 1 jam..ok chowwwww
Leave a Comment
May 5, 2007 at 10:12 pm (Movies)

Penerbit
Penyelaras Penerbitan : Zone Maria Tan
Penerbit Eksekutif : Datuk Jason Lau & Afdlin Shauki
Pengarah: Afdlin Shauki
Lakon layar: Afdlin Shauki
Penulis Cerita:
Afdlin Shauki
Christina Orow
Tomoko Kubata
Michihiro Kubota
Barisan Pelakon :
Afdlin Shauki : Ramlee
Inthira Charoenpura : Siti
Awie : Haris
Patrick Teoh : Honda
Radhi Khalid : Andy
Gurmit Singh : Akira
Terry Gallyot : Hassan
Gavin Yap : Mickey
Sabrina Hassan : Salmah
Mohd Afif : Kodok
Chichi : Misha
Akihiko Watanabe : Chairman
Ben Tan : Tadano
Krew:
Pengarah Fotografi : Mohd Helmi Mohd Yusof
Pengarah Seni : Chriz Ngooi Gin Mun
Pereka Produksi : Paul Joseph Hasham
Pembantu Pengarah : Hairul Salleh Askor
Gaffer : Ahmad Reedzuan Rahmad
Key Grip : Hashim Othman
Penyunting : Faizul Mohd Noh
Penyunting : Afdlin Shauki
Pengubah Muzik : Pacai & Afdlin Shauki
Pereka Bunyi : Azman Abu Hassan
Filem Sumolah di pawagam 10 Mei.. Sinopsis Filem SUMOLAH – Afdlin Shauki
Leave a Comment
May 5, 2007 at 9:26 pm (TV Series)
Aku baru je selesai menonton Datin Diaries dari episode 1-9,tak berpeluang tengok kat tv so terpaksa la download dari Jiwang Torrent.Ramai yang kate drama nie tiru Desperate Housewives..tapi bagi aku takdela tiru.Mungkin konsepnya same tapi yang lain2 ok jerk aku rase..drama nie memaparkan kisah kehidupan dato2 dan datin2 di Malaysia nie.Realiti sebenarnya kalau kite tak perasan..

Datin Mary lakonan Azean Irdawaty masih bergelut dengan masalah familynya..suaminya ada affair,naknya Fuad dan Rita dah semakin kurang ajar..(suke tengok lakonan Zulhuzaimy yang selamba dalam drama nie)…Datin Mary pula baru je memenangi jawatan presiden bagi kelab datin2..Bagi Datin Sally pula,lakonan Nasha Aziz..Datin Sally sedang cuba menyelamatkan perkahwinannya..so pergi bercuti dengan Kadir selama seminggu.Masih tak tahu ape lagi yang terjadi seterusnya..kene tunggu episode seterusnyaa…Datin Molly iaitu Rita Rudaini pula sedang cuba mempertahankan hak2nya sebagai isteri kedua..cuba mendapatkan khidmat peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung kes Datin Noor yang tak henti2 mengganggu kehidupannya.Lakonan Fazura dalam drama nie agak best sebab niela scene yang boleh membuatkan orang ketawa.Telatah Datin Nelly dan maknya memang kelakar dalam nie..Hehehe..Datin Nelly pula sedang sibuk merancang perkahwinannya dengan Dato Y.Hehehe..
Banyak lagi kejutan akan datang dalam drama nie..so sama2 la saksikan drama nie setiap Selasa 11.00 malam di TV3…
Leave a Comment
May 1, 2007 at 10:41 pm (Movies)
Baru balik dari tengok Spiderman kat Midvalley tadi tayangan kul 12.Fuhh best jugak.Enjoyy..Spiderman emosi kali nieh..Hehehe.Spiderman ada masalah cinta sket.Mula2 check kat internet nak book,sume tiket sold-out..sedikit kecewa tapi digagahkan juga ke Midvalley.Sekali pergi tengok banyak lagi..sukanye hatii.Bukannya ape,keseronokan menjadi orang terawal menonton tuh lain sket..hehe.Leh aaa riak sket kepada sesiapa yang belum menonton nanti.Pas habis movie,bersiar2 di Kuala Lumpur sebelum balik semula ke Bangi.Hehehehe.Disebabkan semangat masih menular..so aku tukar blogskin pun Spidey nyer template.Cantik tak?Hahaha.Ok sekarang mau tido…:-)

Leave a Comment